Irfan Bakti Sah Kemudi Terengganu 2017?


Kuala Terengganu: Teka-teki mengenai bekas pengendali Felda United FC yang dirisik pasukan Terengganu bakal terjawab malam ini.

Sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa Irfan Bakti akan tiba di Kuala Terengganu malam ini, dan akan menandatangani kontrak bersama skuad Penyu untuk musim 2017 pada esok pagi.

Menurut berita semalam yang mengatakan PBSNT kini dalam rundingan terakhir bersama pengendali FELDA United, Irfan Bakti Abu Salim bagi jawatan jurulatih baharu skuad Penyu musim depan dan keputusan mengenainya akan diketahui dalam waktu terdekat.

"Dalam masa terdekat ini kita akan memuktamadkan dan kalau kita telah bersetuju saya akan minta beliau (jurulatih) menandatangani segera kontrak jurulatih kerana yang paling penting kita kena dapatkan jurulatih dulu untuk memudahkan pemilihan pemain-pemain yang akan datang," katanya.

Ahmad Razif dalam masa sama berharap penyokong terus menunjukkan semangat yang tinggi dan memberi sokongan padu kepada kedua-dua pasukan agar lebih cemerlang pada musim depan.