Batu Hidup Ditemui Di Hulu Terengganu

Posted on Saturday, May 20, 2017 | 5/20/2017



KUALA TERENGGANU 18 Mei - Tiga bongkahan batu megalith yang dikenali sebagai batu hidup ditemukan di Jenagor, Hulu Terengganu baru-baru ini.

Batu dalam bentuk unik ini dengan ketinggian kira-kira tiga meter terletak tidak jauh dari kawasan makam Sharif Muhammad, seorang ulama silam.

Pengarah Lembaga Muzium negeri, Yusof Abdullah memberitau, pihaknya yang dimaklumkan mengenai penemuan itu telah pergi ke lokasi.

“Namun kami belum membuat penyelidikan dari aspek nilai sejarah, seperti sama ada ini merupakan sebagai pusara purba,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Blog, Updated at: 5/20/2017
Loading...