Individu Dakwa Jumpa Harimau Di Bukit Bauk, Dungun

Gambar yang tersebar di aplikasi Whatsapp yang mengatakan ini harimau yang dijumpai tersebut

Dungun: Individu yang tidak dikenali mendakwa menjumpai seekor harimau di sekitar Bukit Bauk pagi ini, dan menasihati orang ramai agar berhati-hati apabila mengunjungi kawasan tersebut, yang juga menjadi tempat tumpuan orang ramai bagi aktiviti jogging.

Berita yang tersebar melalu Whatsapp ini belum mendapat pengesahan daripada pihak berwajib atau mana-mana pihak yang menerima laporan daripada individu tersebut.

Walaupun belum ada pengesahan rasmi tentang kewujudan harimau ini, orang ramai dinasihati agar berhati-hati apabila berada disekitar kawasan terbabit.

Pihak berkaitan yang mempunyai pengesahan diminta mengesahkan samada kejadian ini benar atau sebaliknya kerana ini adalah berkaitan keselamatan penduduk sekitar dan pengunjung tempat tersebut.

Individu tersebut juga diminta tampil membuat laporan kepada pihak berwajib untuk bertindak untuk melakukan siasatan.


Rakaman audio yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp hari ini.