"Ringkas" Keunikan Tarawih Di Masjid Buluh Gading


Kuala Terengganu: Solat sunat Tarawih di Masjid Buluh Gading, di sini, boleh dianggap paling ringkas dan cepat berikutan hanya mengambil masa antara 25 hingga 30 minit bagi menyelesaikan lapan rakaat serta tiga rakaat solat sunat Witir.

Wartawan Harian Metro yang ke masjid itu malam kelmarin mendapati solat sunat terbabit yang bermula jam 8.50 malam selesai pada jam 9.15 malam berbanding kelaziman solat Tarawih di masjid atau surau lain paling cepat selesai kira-kira jam 9.30 malam.



Uniknya solat tarawih yang diimamkan Ustaz Mastura Mohamad, 47, sejak 1992 itu ialah kerana dia hanya membaca satu ayat daripada surah al-Baqarah atau surah lain pada setiap rakaat selepas selesai surah al-Fatihah.

Mastura berkata, tradisi meringkaskan solat Tarawih sudah diamalkan sejak zaman arwah datuknya, Yusof Salleh pada awal 1980-an sebelum diteruskan bapanya, Mohamad Yusof sehingga 2004.

“Ramai yang silap faham, mereka menganggap kami mempercepatkan solat Tarawih sedangkan hakikat sebenar kami bukan solat secara cepat, tetapi meringkaskannya.