Terengganu Tewaskan UiTM FC Di Kuala Terengganu

Posted on Thursday, May 25, 2017 | 5/25/2017


Ikuti sorotan perlawanan semalam dibawah.



Kuala Terengganu: Terengganu bermula garang mengasak UiTM FC dengan jaringan awal pada minit ke sembilan melalui sepakan penjuru yang diambil Ismail Faruqi dan ditanduk masuk oleh Nasrullah Haniff.

UiTM FC tidak menunggu lama apabila Akanni Sunday bijak memanfaatkan peluang dengan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke dua belas.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh Faiz Nasir apabila mendapat umpanan melalui Turaev yang menanduk bola kearahnya dan disempurnakan dengan half volley terus menerjah ke gawang gol UiTM FC.

Dengan kemenangan semalam Terengganu merampas tangga kedua carta Liga Perdana  dan mengikut rapat Negeri Sembilan yang sekadar seri semalam.
Blog, Updated at: 5/25/2017