Dua Aksi Persahabatan Nilai Prestasi Terengganu

Sesi latihan pasukan Terengganu di SSMZA , photo : TFA
Kuala Terengganu: Dua aksi persahabatan bersama pasukan Liga Super akan menjadi pengukur prestasi semasa Terengganu apabila saingan Liga Perdana bersambung selepas Aidilfitri.

Dua perlawanan itu membabitkan pertemuan dengan Felda United di Jengka malam esok dan Pahang (17 Jun), di Stadium Darul Makmur.

Menerusi dua perlawanan persahabatan itu diharap keupayaan pasukan dapat dinilai sepanjang sesi latihan ketika Ramadan sejak 5 Jun lalu.

Setakat 13 perlawanan, skuad Penyu kini menduduki tangga kedua dengan mengutip 27 mata, di belakang pendahulu Negeri Sembilan yang mengumpul 29 mata.