Kami Sedar Tugas Berat Menanti Malam Ini - Lazaro Vinicious

Posted on Friday, July 07, 2017 | 7/07/2017



Kuala Terengganu : Tonggak pertahanan Terengganu, Lazaro Vinicious, sedar tugas berat menanti dia dan rakan sepasukannya menjelang kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Kuala Terengganu, malam ini.

Namun, bagi pemain berusia 27 tahun itu, mereka harus menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri sekiranya berhajat mencerahkan peluang ke suku akhir.

Menurut Lazaro, meskipun keutamaan Terengganu musim ini adalah dalam Liga Perdana, dia tetap mengimpikan untuk meraih kejayaan dalam kejohanan berprestij itu.

“JDT adalah pasukan yang sangat bagus, malah diperkuatkan penjaring terbanyak Liga Super, Mohammed Ghaddar.

“Sudah tentu banyak yang perlu dilakukan kami untuk berdepan JDT. Jadi, kami harus mengekalkan fokus sepanjang 90 minit,” ujarnya.

Bagi Issey Farran Nakajima pula, tiada yang mustahil buat pasukannya mencipta kejutan, terutama dibantu sokongan padu penyokong sendiri.

Katanya, Terengganu sudah menunjukkan keserasian dengan kehadiran dua pemain import baharu meskipun masih gagal memenangi dua perlawanan terdahulu.

“Ini adalah perlawanan yang sukar kerana kami akan berdepan juara Liga Super.

“Sekiranya kami memberi persembahan terbaik, ditambah suntikan moral penyokong, apa-apa boleh terjadi dalam bola sepak,” kata Issey. - Arena
Blog, Updated at: 7/07/2017
Loading...