Kipre Tchetche Temui Sentuhan Jaringan

Foto: Gawang.my

Kuala Terengganu: Alhamdulillah kemenangan ke-10 buat pasukan Terengganu dalam saingan Liga Perdana selepas menewaskan Perlis dengan 4-0 melalui jaringan Gabriel Davis pada minit ke-27 hasil dari sepakan percuma .. Kemudian Terengganu berjaya menggandakan kedudukan setelah Kipre Tchétché berjaya menamatkan penantian dengan jaringan sulung beliau hasil assist dari Issey ..

Bersambung separuh masa kedua Terengganu tidak mengambil masa lama untuk menambah derita Perlis setelah Lazaro Vinicius berjaya memanfaatkan perebutan di depan gol Perlis untuk merembat masuk menewaskan Mohd Jibrail di gol lawan pada minit ke-48 .. Terengganu memang menguasai perlawanan ini dari awal perlawanan lagi tapi banyak peluang terhidang gagal disudahkan oleh pemain Terengganu .. Terengganu akhirnya menamatkan sisa sisa perjuangan Perlis apabila Ridzuan Abdunloh melakukan rembatan kencang pada minit ke-80 terus mengegar jaring gol untuk gol keempat Terengganu ..

Terengganu sekarang berada di kedudukan kedua carta (34 mata) menekan pendahulu liga, Kuala Lumpur yang berkelebihan (35 mata) yang menewaskan Kuantan FA 6-3 di Stadium Kuantan  .. Yang pasti perlawanan akan datang boleh dikatakan TOP CLASH THE TABLE apabila Terengganu bakal ke Selayang bertemu Kuala Lumpur jumaat depan bagi misi perebutan takhta .. Sekian - Muhammad Hafizuddin Harun