Masih Ada Peluang Tapi Seperti Telur Dihujung Tanduk

Posted on Monday, July 31, 2017 | 7/31/2017



Kuala Terengganu: Peluang Terengganu untuk mengintai satu lagi slot ke suku akhir Piala Malaysia Kumpulan D belum tertutup rapat, tetapi bagaikan nyawa-nyawa ikan selepas tumpas 2-3 kepada Selangor dalam aksi keempat peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam kelmarin.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim yang berhajat untuk mengiringi Selangor yang sudah layak ke suku akhir, berdepan laluan lebih sukar kerana bertemu pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim.

Skuad Gergasi Merah terus berada di landasan tepat untuk menambah gelaran Piala Malaysia ke-34 musim ini apabila muncul antara tiga pasukan terawal berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Terengganu 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin.


Sebaik tamatnya aksi kedua-dua pasukan itu, pengendali Selangor P Maniam terus memuji persembahan anak didiknya atas kesungguhan mereka dalam memastikan pasukan mara lebih awal ke saingan lapan terbaik itu.

“Sudah tentu kejayaan layak ke suku akhir ini, kredit harus diberikan kepada semua pemain yang beraksi bersungguh-sungguh setiap kali perlawanan serta penyokong yang terus memberikan sokongan kepada kami tidak kira di gelanggang sendiri dan tempat lawan,” katanya.

Biarpun ketinggalan 1-0 Ta’zim (Johor DT) di laman lawan Rabu ini.

Sekiranya tewas atau seri, skuad yang terkenal dengan slogan Peteh Terengganu Peteh itu boleh mengucapkan selamat tinggal kerana kini baru mengumpul tiga mata berbanding Johor DT dengan tujuh mata dan aksi terakhir bertemu Sarawak pada 9 Ogos di laman sendiri hanya sebagai pelengkap jadual.

Mengulas aksi bertemu Selangor, Irfan mengaku berpuas hati dengan persembahan yang diperagakan anak buahnya yang beraksi baik dengan banyak percubaan bahaya ke gawang pelawat dalam misi untuk mengutip tiga mata di laman sendiri. pada babak pertama menerusi jaringan Ismail Faruqi Ashari, Selangor bangkit pada awal babak kedua dengan memperoleh dua jaringan menerusi Francis Forkey Doe dan Syahmi Safari.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya mengikat kembali kedudukan.

“Bagaimanapun, penamat yang tidak menyeronokkan yang mana dua pemain pertahanan melakukan kesilapan mudah memberi peluang kepada penyerang lawan menghasilkan jaringan kemenangan mereka sekali gus memusnahkan hasrat kami untuk mengutip mata.

“Tapi, jika pemain itu (Firdaus Faudzi dan Nasrullah Haniff Johan) berada dalam kedudukan baik, seorang di belakang dan seorang mengawal penyerang lawan ia boleh menghalang pemain itu bergerak bebas, namun yang berlaku adalah sebaliknya mereka hilang disiplin dan hilang tumpuan,” kata Irfan yang ternyata kecewa.

kedudukan 2-2 menerusi Kipre Tchetche pada minit ke-78, namun penyerang import dari Sepanyol, Rufino Segovia menjaringkan gol kemenangan Selangor pada masa kecederaan. - Harian Metro
Blog, Updated at: 7/31/2017