Penyokong Tuntut Issey Nakajima Beraksi Dengan Keupayaan Sebenar


Kuala Terengganu: Liga perdana sudah memasuki pusingan kedua, semalam kita dapat menyaksikan Terengganu gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar seri dengan Johor DT II.

Penuh diruangan komen di media sosial penyokong mengkritik dan mahu Issey Nakajima-Farran bangkit menunjukkan aksi dan keupayaan sebenar kerana aksinya kini tidak lagi se-gah dulu yang hebat bergandingan dengan Gustavo Lopez.

Kekecewaan penyokong dengan prestasi terkini Issey turut dilontarkan di akaun sosial Instagram beliau.

antara komen di Instagram milik Issey

Kredit: instagram @11issey


Peminat dan penyokong tidak mempertikaikan dengan hanya satu perlawanan semalam tetapi berkait juga dengan perlawanan ²  sebelum ini dan semasa jendela perpindahan kedua pemain baru-baru ini ada juga segelintir penyokong mahu Issey disingkirkan.

Semua sedia maklum bahawa Issey boleh dikatakan pemain import kesayangan penyokong Terengganu kerana beliau rapat, mudah bergaul dan menggemari makanan tradisi Nasi dagang.

Bagi segelintir lagi peminat itu sahaja tidak cukup jika aksinya kini seolah-olah tidak seperti dulu yang diharap-harapkan, dengan kehadiran dua pemain import baru yang kini mula menarik minat penyokong ke stadium dan berpuas hati dengan corak permainan mereka berdua.

Jika Issey dibawah prestasi sebenar semestinya gandingan mereka bertiga mampu merobek gawang lawan.

Penyokong mahu Issey bangkit dan membuktikan bahawa beliau boleh melakukan lebih baik dari apa yg dicurahkan sebagaimana sedia maklum pemain-pemain semestinya sudah  memberi komitmen dan aksi yang terbaik pada sesuatu perlawanan.

Dengan harapan Issey Nakajima-Farran bangkit semula menjadi pemain yang digeruni pertahanan lawan! Peteh Issey Peteh! jikalau pemain-pemain lain juga terbaca harap semua terus bangkit dan bermain demi lencana didada!! - Ayoh Ngoh Pulau Bahagia