Tiket Mula Dijual Jam 10 Pagi Jumaat Ini

Posted on Thursday, July 06, 2017 | 7/06/2017



INFO JUALAN TIKET PERLAWANAN KE-2 PIALA MALAYSIA 2017

Tiket perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2017 Kumpulan D menentang Johor Darul Takzim akan dijual pada 7 Julai, Jumaat ini iaitu pada hari perlawanan di kaunter tiket Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium bermula jam 10.00 pagi.

Maklumat pembelian dan harga tiket adalah seperti berikut:

1. Terbuka - RM10
2. Berbumbung - RM20
3. Kanak-kanak bawah 12 tahun - RM5
4. Had pembelian tiket - 5 keping setiap pembelian.

Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) mengeluarkan sebanyak 9,000 keping tiket untuk dijual pada hari jumaat ini di kaunter tiket berdekatan Gate C dan Gate F stadium. Penyokong pelawat disarankan untuk masuk ke stadium melalui Gate C.
Blog, Updated at: 7/06/2017