Amierul Hakimi Awang Digugurkan Skuad U-22 Sukan SEA

Posted on Sunday, August 13, 2017 | 8/13/2017



Kuala Lumpur: Datuk Ong Kim Swee menjelaskan keputusan pemilihan akhir skuad negara kali ini paling sukar pernah dilakukannya sepanjang bergelar ketua jurulatih bola sepak Sukan SEA berikutan tiada jurang kualiti yang terlalu ketara antara 28 pemain.

Terdapat sedikit kejutan dalam pemilihan pemain kali ini apabila beberapa nama yang sering kali bersama skuad bawah 22 tahun negara seperti Amierul Hakimi Awang, Tommy Mawat Bada dan Ahmad Khairil Anuar digugurkan.


Ia jelas dilihat sebagai satu petanda pemilihan kali ini cukup sengit sehingga Kim Swee jujur mengakui beliau bukan mudah untuk membuat keputusan ketika menggugurkan lapan pemain terbabit selepas memberikan komitmen tinggi semasa sesi latihan.

"Pengalaman saya sebagai jurulatih empat edisi Sukan SEA dan kali ini merupakan paling sukar buat saya untuk membuat pemilihan akhir. Saya percaya mereka mempunyai kredibiliti tersendiri dan akan kembali bersama pasukan bagi menghadapi saingan akan datang," katanya.

Walaupun Amierul Hakimi digugurkan, Kim Swee menjelaskan penjaga gol Terengganu itu akan kekal bersama pasukan.

"Amierul akan terus bersama pasukan. Jika penjaga gol yang telah dipilih mengalami kecederaan serius, dia akan dipanggil untuk beraksi dalamSukan SEA.

"Saya sangat bersyukur untuk beraksi dalam Sukan SEA. Selepas terlepas aksi kelayakan Kejohanan AFC tempoh hari, saya mahu memberikan yang terbaik jika terpilih," kata pemain tengah bawah 22 tahun negara, Syamer Kutty Abba.

"Saingan memang sengit untuk terpilih ke Sukan SEA. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat beraksi untuk negara," ujar pertahanan bawah 22 tahun negara, Syazwan Zaipol Bahari. - ARENA
Blog, Updated at: 8/13/2017
Loading...