(VIDEO) Gol Thanabalan Bawa Malaysia Ke Final Sukan SEA


Kuala Lumpur: Penjaring gol kemenangan Malaysia, N Thanabalan berkata tiada perkara lain bermain di benak fikirannya melainkan pesanan bapa S Nadarajah ketika melakukan tindakan penyudah di hadapan gawang Indonesia malam tadi.

Penyerang Felcra FC itu melakukan tandukan mudah tanpa dikawal selepas menerima hantaran sepakan penjuru Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-87.

Klik untuk play video dibawah ini


"Terus terang saya katakan, malam ini saya mengaku tak perform. Tapi saya cuba lakukan yang terbaik kerana mahu bawa Malaysia ke final.

"Apabila kita dapat sepakan penjuru, saya teringat pesan bapa...guna kepala.

"Dia tahu finishing saya menggunakan kepala lebih berbahaya berbanding kaki," katanya.

Difahamkan, bapa Thanabalan hanya mampu memberikan sokongan kepada pemain itu menerusi televisyen kerana lumpuh daripada dada ke bawah.

Mengulas pertemuan dengan Thailand menjelang perlawanan akhir Selasa ini, Thanabalan akui tidak sabar untuk sekali lagi bertemu dengan skuad tersebut.

"Saya dapat tahu Thailand padang rendah Malaysia. Mereka kalahkan kita 3-0 di Bangkok (Kelayakan AFC B-23), jadi mereka cakap besar.

"Jadi di final nanti kita tak boleh bagi peluang kepada mereka," katanya. - Sinar Harian