(VIDEO) Sultan Mizan Bolot Dua Emas Ekuestrian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017


Keputusan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ternyata berbaloi apabila baginda meraih pingat emas dalam acara endurance berpasukan dan individu sejauh 80 kilometer dalam aksi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Setiu, pagi tadi.

Klik untuk play video dibawah ini


Baginda yang menunggang RTES Annaversary, memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan, iaitu Azizatul Asma Abdullah dan Mohammad Fuad Hashim.

Turut berada dalam skuad berpasukan endurance negara adalah Mohd Bulkhari Rozali, Yusran Yusuf serta Mohamad Adhwa Embong.

Sebelum ini, baginda menarik diri daripada saingan Sukan SEA 2017 ekoran masalah kuda, namun mengubah pendirian untuk kembali menyertai skuad negara, sekaligus muncul sebagai Sultan pertama yang bersaing dalam temasya dwitahunan ini. - Arena