(VIDEO) Tewas Tipis Dengan Syria, Vingada Kenali & Akan Serap Pemain B-23


Melaka: KEKALAHAN 1-2 skuad Harimau Malaya kepada Syria dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kategori A di Stadium Hang Jebat membuatkan Nelo Vingada lebih mengenali pemain negara.

Jurulatih kelahiran Portugal itu berkata, setelah menjalani latihan sejak dua minggu lalu dan perlawanan persahabatan menentang Syria, beliau mula mengenalpasti kemampuan pemain untuk membentuk sebuah pasukan lebih baik.

Klik untuk play video dibawah ini


"Urusan mengenali kemampuan pemain kini telah mencapai 90 peratus, oleh itu juga saya telah dapat bayangan untuk membariskan kesebelasan utama ketika kita menetang Hong Kong pada 5 September nanti.

"Walaupun tewas dalam perlawanan menetang Syria, namun mereka telah bermain dengan penuh keyakinan untuk cuba mengecewakan lawan.

"Saya berpuas hati dengan aksi mereka setakat ini, cuma beberapa kesilapan di bahagian tengah yang perlu dibaiki selepas ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Vingada menambah, kehadiran beberapa pemain muda yang sedang berkhidmat untuk skuad Sukan SEA akan memantapkan lagi pasukan Harimau Malaya selepas ini.

"Apa yang penting, semua pemain perlu meningkatkan prestasi mereka dan beraksi dengan bersungguh-sungguh untuk menang.

"Saya tidak peduli sama ada pemain itu daripada Liga Perdana atau sebaliknya kerana apa yang penting mereka perlu buktikan kemampuan masing-masing untuk Malaysia," tegasnya. - Mstar