(VIDEO) Malaysia U-18 Teruskan Rentak Kemenangan Belasah Singapura U-18


MALAYSIA meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2017, dengan kemenangan 3-1 ke atas Singapura dalam aksi kedua Kumpulan A, di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar,  hari ini.

Selepas kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan pada separuh masa pertama, Zafuan Azeman membuka jaringan pada minit ke-58 bagi Malaysia, menurut laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Klik untuk play video dibawah ini


Skuad kendalian Bojan Hodak terus memburu jaringan menerusi Ammar Akhmall Alias pada minit ke-69 dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak pada minit ke-89, sebelum Singapura mendapatkan gol sagu hati menerusi Katz Saul Ellison seminit kemudian.

Terdahulu, Malaysia membuka kempen menerusi kemenangan 4-1 ke atas Laos dua hari lalu di venue yang sama.

Malaysia seterusnya akan bertemu Timor Leste pada Jumaat ini dan Kemboja pada Ahad, sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Thailand pada 12 September ini.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir yang akan berlangsung pada 15 Sept, manakala pusingan akhir dan perlawanan penentuan tempat ketiga dijadualkan pada 17 September. - Bernama