'Messi Terengganu' Jadi Buruan 2 Pasukan Liga Super


Kuala Terengganu: Walaupun berbaki satu lagi perlawanan Liga Perdana akhir bulan ini rata-rata setiap pasukan sudah pun menawarkan pelbagai tawaran kepada pemain bagi memperkemaskan pasukan untuk musim hadapan.

Kebanyakkan pemain di Liga Malaysia tamat kontrak pada November ini, bagi pemain licik yang digelar 'Messi Terengganu' ini, dikhabarkan menjadi buruan dua pasukan Liga Super yang berpengkalan di Lembah Kelang dan satu lagi dari Pantai Timur.


Pemain kelahiran negeri Kelantan ini menjadi tumpuan dengan bermula beraksi bersama pasukan Presiden Kelantan dan berkelana di Pulau Pinang dengan pasukan PBAPP seterusnya Felcra FC serta kini menjadi pemain kesukaan penyokong di Terengganu.

Bermula di posisi sayap apabila penampilan bersama Terengganu beliau yang nampak lebih efektif apabila berada dibahagian tengah terus menjadi nadi gerakan serangan pasukan Terengganu.

Sejauh mana perkembangan dan hala tuju Faiz Nasir selepas ini dinanti-nantikan penyokong Terengganu yang rata-rata mahu pemain ini terus kekal bersama Terengganu bagi menghadapi Liga Super musim depan. - T11