"Masih Terlalu Awal Untuk Menilai" - Irfan Bakti


Kuala Terengganu: Terengganu FC akan menerima kunjungan Selangor FA yang juga pendahulu Liga super setakat ini pada hari sabtu mungkin berdepan sedikit tugas berat.

Dua perlawanan setakat ini TFC hanya berjaya mengumpul 2 mata hasil pertemuan dengan PKNS FC dan Kelantan FA.

Apabila ditanya tentang pemain import terbaru dari Korea Selatan Lee Jun-hyeob, Irfan Bakti memberitahu, masih terlalu awal untuk menilai pemain import baharu TFC dari Korea Selatan itu.

“baru-baru ini perlawanan pertama Jun-hyeob, lagi pun dia baru dua hari bersama kita. Pemain lain sudah serasi, jadi mungkin saya tak nampak lagi kelebihannya. Walaupun pernah berlatih dengan kelab di Kemboja tapi tahap kecergasan dia tak sama dengan pemain sedia ada,” katanya.

Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim turut mengakui sedikit terkilan apabila hasrat untuk mengutip tiga mata menentang Kelantan tidak menjadi kenyataan dalam perlawanan Liga Super, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.