Terengganu FC II Akan Tampil Dengan Taktikal Berbeza - Mustaffa Kamal


Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC II (TFCII), Mustaffa Kamal Abd Wahab berkata pasukan nya bakal menampilkan taktikal berbeza menentang PDRM hari ini selepas kemasukan dua pemain baru daripada Terengganu FC (TFC).

Beliau telah mengkaji corak permainan PDRM sekaligus telah merangka strategi yang mampu mengambil kesempatan atas kelemahan yang telah dikenal pasti hasil perlawanan pusingan pertama tempoh hari.

Walau bagaimanapun Mustaffa Kamal tidak mahu anak buah nya memandang rendah kemampuan PDRM serta tidak mensia-siakan kelebihan bermain di halaman sendiri. - FMLLP