Izzan Syahmi Terpilih Ke Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Bawah 23 Tahun


Berikut senarai 27 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk hadir ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya selama seminggu dari 1 hingga 7 Julai 2018 sebagai persiapan awal menghadapi temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 14 Ogos hingga 1 September 2018.

BIL
NAMA
UMUR
PASUKAN
1.
HAZIQ NADZLI
20
JOHOR DARUL TA’ZIM
2.
DOMINIC TAN
21
JOHOR DARUL TA’ZIM
3.
SYAMER KUTTY ABBA
21
JOHOR DARUL TA’ZIM
4.
ADIB ZAINUDIN
23
JOHOR DARUL TA’ZIM II
5.
HAFIY HAIKAL ISMAIL
20
JOHOR DARUL TA’ZIM II
6.
NIK AZLI NIK ALIAS
21
KELANTAN
7.
DANIAL HAQIM DRAMAN
20
KELANTAN
8.
SHAHRUL NIZAM ROS HASNI
20
KELANTAN
9.
AFIQ SALUDDIN
20
KELANTAN
10.
KOGILESWARAN RAJ
20
PAHANG
11.
FAISAL ABDUL HALIM
20
PAHANG
12.
R DINESH
20
PAHANG
13.
SYAHMI SAFARI
20
SELANGOR
14.
ASRAFF HAYQAL ZAINAL
21
SELANGOR
15.
AMIRUL HAZIQ RASMIZAL
20
SELANGOR
16.
BADDROL BAKHTIAR *
30
KEDAH
17.
LOQMAN HAKIM MARZUKI
20
KEDAH
18.
JAFRI FIRDAUS CHEW
21
PKNS FC
19.
RODNEY CELVIN AKWENSIVIE
22
PKNS FC
20.
DANIAL AMIER NORHISHAM
21
FELDA UNITED
21.
SYAZWAN ZAIPOL BAHARI
23
PERAK
22.
TOMMY MAWAT BADA
22
PJ RANGERS FC
23.
KHATUL ANUAR MD JALIL
21
KUALA LUMPUR
24.
SYAFIQ RIZUAN
21
PULAU PINANG
25.
IZZAN SYAHMI MUSTAPA
21
TERENGGANU
26.
EVAN WENSLEY WENCESLAUS
20
SABAH
27.
WONG TSE YANG
23
-



Daripada senarai di atas, 10 pemain merupakan anggota skuad 23 pemain yang membawa Malaysia mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China pada Januari lalu iaitu penjaga gol Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syamer Kutty Abba, Adib Zainudin, Kogileswaran Raj, Syahmi Safari, Jafri Firdaus Chew, Danial Amier Norhisham, Syazwan Zaipol Bahari dan Tommy Mawat Bada.

Bagaimanapun, baki 13 pemain lain tidak dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini atas beberapa faktor dengan enam pemain telah disenaraikan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Fiji pada 5 Julai 2018 iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), N Thanabalan (Negeri Sembilan), Adam Nor Azlin dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim) serta Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur).

Empat lagi pemain - Akhyar Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Johor Darul Ta’zim II) dan Shivan Pillay Asokan (PKNS FC) pula bersama skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak untuk menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya bermula 3 Julai ini.

Sementara tiga lagi pemain yang tidak dipanggil ialah dua tonggak utama Pahang - Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih, serta bekas penjaga gol Kelantan dan Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang mana penjaga gol itu kini sedang menjalani penggantungan selama 20 bulan oleh AFC selepas gagal ujian doping di China, Januari lalu.

Bagi melengkapkan senarai 27 pemain ke kem latihan pusat kali ini, Kim Swee telah memanggil seramai 17 pemain baharu untuk diuji kemampuan mereka iaitu empat pemain dari Kelantan - Nik Azli Nik Alias, Danial Haqim Draman, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Afiq Saluddin.

Hafiy Haikal Ismail (Johor Darul Ta’zim II), Loqman Hakim Marzuki (Kedah), penjaga gol Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur), Faisal Abdul Halim dan R Dinesh (Pahang), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC), Syafiq Rizuan (Pulau Pinang), Asraff Hayqal Zainal dan Amirul Haziq Rasmizal (Selangor), Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu) dan Evan Wensley Wenceslaus (Sabah).

Turut tersenarai, Wong Tse Yang, 23, penjaga gol yang sebelum ini beraksi bersama kelab Hong Kong, BC Rangers serta ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, 30, yang menjadi calon awal untuk mengisi salah satu daripada slot tiga kuota pemain senior lebih umur 23 tahun ke Sukan Asia 2018 nanti.

Namun mana-mana pemain tersenarai di atas (dari Pahang, Selangor dan PKNS FC) yang pasukan mereka layak ke final Piala FA 2018 pada 7 Julai 2018 dan khidmatnya diperlukan pasukan masing-masing, akan dikecualikan daripada melapor diri.

Sepanjang seminggu kem latihan pusat itu nanti, skuad B-23 kebangsaan turut dijadual mengadakan satu perlawanan persahabatan iaitu bertemu Felda United kendalian B Sathiananthan di Padang Wisma FAM pada Jumaat, 6 Julai 2018.