Perlawanan Di Bulan Ramadhan Tidak Sesuai Bagi Pemain Tempatan

Posted on Tuesday, June 12, 2018 | 6/12/2018


Irfan Bakti memberi sampul raya Terengganu 11 yang disumbangkan oleh Turtle Store kepada anak buahnya pada latihan petang semalam.

KUALA TERENGGANU - Beraksi dalam perlawanan kompetitif pada bulan puasa sudah menjadi kebiasaan bagi pemain bola sepak dari Asia Barat namun keadaan itu mungkin tidak sesuai bagi pemain tempatan.

Pendapat itu diluahkan Ketua Jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1), Irfan Bakti Abu Salim apabila diminta mengulas mengenai aksi Liga Malaysia (Liga M) 2018 melibatkan saingan Liga Super dan Liga Premier yang terpaksa diteruskan pada bulan Ramadan ini.


Irfan berkata, beberapa faktor perlu diambil kira yang menyebabkan perkara itu perlu dikaji semula oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan termasuk membabitkan aspek kesihatan dan prestasi serta stamina pemain.

"Sebelum ini kita ketahui negara seperti Oman, Arab Saudi dan Qatar beraksi pada bulan puasa dan kita pun pernah berlatih di sana dahulu tetapi pada saya budaya kita tidak sesuai terutama perlawanan hanya dimulakan pada pukul 10 malam, ia tidak berapa baik untuk kesihatan pemain.

"Jadi kita mohon FAM ubah jadual perlawanan untuk musim depan supaya tiada perlawanan dijalankan pada bulan puasa,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. - Bernama
Blog, Updated at: 6/12/2018

0 comments: