(VIDEO) Terengganu FC Tewas Di Ipoh

Posted on Wednesday, June 06, 2018 | 6/06/2018



IPOH: Muhammad Shahrel Fikri muncul wira apabila dua jaringannya membantu PKNP FC melakar kejayaan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Perak malam tadi.




Penyerang terbaik tahun lalu itu menyumbat kedua-dua gol berkenaan pada babak kedua untuk membantu tuan rumah bangkit selepas ketinggalan pada babak pertama.

Pada perlawanan malam itu, pasukan PKNP FC yang tumpas mengejut 2-1 di tangan Pahang sebelum ini, berjaya mempamerkan persembahan lebih bertenaga.

Pun begitu, TFC lebih dulu mencemaskan kubu tuan rumah tetapi usaha solo DongHyun Do pada minit ke-12 mencecah jaring tepi gawang.

Bagaimanapun pelawat akhirnya berada di hadapan apabila kapten pasukan, Kipre Tchetche merembat melepasi Shafiq Afifi Suhaimi pada minit ke-29.

Anak buah Irfan meneruskan usaha menambah jaringan tetapi tidak berjaya sehingga rehat babak kedua yang menyaksikan kebangkitan PKNP FC bagi menyaingi skuad penyu.

Usaha mereka menekan kubu lawan berhasil apabila mendapat sepakan penalti selepas Nasrullah Haniff Johan memegang bola.

Shahrel Fikri mudah menewaskan Muhamad Syazwan Yusoff untuk mengikat kedudukan pada minit ke-52.

Sembilan minit kemudian kapten PKNP FC itu merembat masuk gol kemenangan pasukan apabila menyudahkan hantaran silang S Deevan Raj untuk kedudukan muktamad 2-1. - Berita Harian
Blog, Updated at: 6/06/2018

0 comments: