Terengganu FC II Kekal Sebagai Feeder Team

Photo: PBSNT

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI TERENGGANU

BOLA SEPAK NEGERI TERENGGANU AKAN TERUS DIMAJUKAN DI BAWAH KEPIMPINAN BAHARU

1. Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kini dipimpin oleh YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Presiden dan YB Hishamuddin Abdul Karim sebagai Timbalan Presiden setelah Kongres Luar Biasa yang telah diadakan pada 7 Julai 2018 bagi tujuan pindaan statut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tanpa pertandingan.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT pertama yang dipengerusikan oleh YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada hari ini telah bersetuju untuk mengekalkan TFC II sebagai pasukan 'feeder team'. Sehubungan dengan itu juga TFC II akan terus bersaing dlm Liga FAM pada tahun 2019.

3. Bagi tujuan pemantapan pasukan TFC, PBSNT bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan yang akan bertanggungjawab menguruskan pembangunan bolasepak negeri ini dengan lebih tersusun, sistematik dan holistik.

4. PBSNT juga telah menyusun beberapa langkah proaktif dalam memperkukuhkan saingan di masa hadapan dan akan diumumkan dari masa ke semasa. Tumpuan buat masa ini adalah untuk Piala Malaysia dengan mengharapkan agar pasukan TFC terus mara dan bangkit.

5. Pihak kami berharap agar perancangan dan keputusan yang dibuat ini akan membuahkan hasil yang positif dalam perkembangan bolasepak negeri.

YM Datuk Tengku Farok Hussin Bin Tengku Abdul Jalil
Setiausaha Agung PBSNT

Bertarikh : 8 Ogos 2018

Diterbitkan oleh Persatuan Bola Sepak Negerti Terengganu