Tiga Pemain Bola Sepak Sukma Terengganu Terima Hukuman


Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali kelapan bagi penggal 2017-2021 pada 14 September 2018 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:

1. Pemain Pasukan Terengganu, Mohammad Rahmat bin Makasuf

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menendang mengenai bahagian belakang badan pemain pasukan Johor (Mohamad Hariz bin Kamarudin).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Wilayah Persekutuan pada 12 September 2018 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Perlis pada 15 September 2018.

iii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 (SEPARUH AKHIR) jika layak dan jika tidak layak penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.



2. Pemain Pasukan Terengganu, Mohamad Shafawi bin Mohamad

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk dan menendang pemain pasukan Johor (Nur Ismail bin Sukandar).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Wilayah Persekutuan pada 12 September 2018 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Perlis pada 15 September 2018.

iii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 (SEPARUH AKHIR) jika layak dan jika tidak layak penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.



3. Pemain Pasukan Terengganu, Muhamad Fakrul bin Wahid

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menendang dan menumbuk pemain pasukan Johor (Muhammad Azrul Haziq bin Aminuddin).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 di antara Terengganu melawan Perlis pada 15 September 2018.

ii) Perlawanan Bolasepak SUKMA XIX 2018 (SEPARUH AKHIR) dan (AKHIR) jika layak dan jika tidak layak dua (2) penggantungan yang dimaksudkan akan dibawa ke dua (2) Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.



4. Pemain Pasukan Johor, Mohamad Hariz bin Kamarudin

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk mengenai bahagian belakang kepala pemain pasukan Terengganu (Mohamad Raimi Syamir bin Muhamad).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Memandangkan Pasukan Johor telah pun tersingkir daripada Pertandingan Bolasepak SUKMA XIX 2018, maka Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah dibawa ke tiga (3) Perlawanan Rasmi yang pertama.



5. Pemain Pasukan Johor, Nur Ismail bin Sukandar

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk mengenai bahagian belakang badan pemain pasukan Terengganu (Mohamad Raimi Syamir bin Muhamad).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Memandangkan Pasukan Johor telah pun tersingkir daripada Pertandingan Bolasepak SUKMA XIX 2018, maka Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah dibawa ke tiga (3) Perlawanan Rasmi yang pertama.



6. Pemain Pasukan Johor, Muhammad Azrul Haziq bin Aminuddin

Perlawanan: Perlawanan SUKMA XIX 2018 (Bolasepak), Terengganu lwn Johor pada 10 September 2018 di Stadium UPSI Tanjung Malim.

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk mengenai bahagian belakang badan pemain pasukan Terengganu (Mohamad Raimi Syamir bin Muhamad).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Memandangkan Pasukan Johor telah pun tersingkir daripada Pertandingan Bolasepak SUKMA XIX 2018, maka Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah dibawa ke tiga (3) Perlawanan Rasmi yang pertama.


DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM