PBSNT “Ikat” Irfan Bakti Dan Tengku Hazman

Posted on Wednesday, October 24, 2018 | 10/24/2018


t
KUALA TERENGGANU: Bimbang jurulatih kesayangan Irfan Bakti Abu Salim disambar pasukan lain, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil langkah pantas dengan menawarkan kontrak baharu kepada pengendali yang digelar pakar taktikal itu musim depan.

Berita gembira itu diumumkan Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim pada sidang media di pejabat persatuan itu hari ini.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini mengaitkan jurulatih itu dengan beberapa pasukan lain termasuk negeri kelahirannya, Perak dan Kuala Lumpur.

“Jawatankuasa khas yang bersidang pada 23 Oktober (semalam) yang saya pengerusikan sendiri mendapat mandat untuk mengumumkan pembentukan pengurusan dan pegawai pasukan TFC musim depan.

“Irfan yang berjaya membantu pasukan mara ke final Piala Malaysia musim ini sah akan diberi mandat mengendalikan skuad TFC musim depan,” katanya.

Pemilihan itu sekali gus menamatkan penantian peminat yang sebelum ini mahukan jurulatih berusia 67 tahun terus kekal membimbing skuad Penyu musim depan.

Sementara itu, Hishamuddin turut mengumumkan jurulatih TFC II musim ini, Tengku Hazman Raja Hassan akan terus mengendalikan skuad itu musim depan beraksi dalam saingan Liga FAM. - Berita Harian

Blog, Updated at: 10/24/2018

0 comments: