Tiga Pemain Dari Uzbekistan Yang Dikaitkan Dengan Terengganu FC


Kuala Terengganu: Penyokong TFC masih menunggu siapakah pemain yang akan memenuhi kuota pemain import yang dijangka bakal diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan FA pada 5 januari 2019 ini di Kota Bharu.

Kami bawakan tiga nama yang dikaitkan dengan Terengganu FC dari awal sehingga hari ini.

1. Sardov Rashidov


Pemain ini mula dikaitkan dari awal lagi selepas tamatnya saingan Piala Malaysia, walaubagaimanapun melihat kepada prestasi dan harga marketnya, kemungkinan jadi atau sebaliknya tidak dapat dipastikan kerana kontraknya dengan pasukan terakhirnya berakhir pada 31 disember 2018.

Jika diamati kata-kata Irfan Bakti yang tidak mahu mendedahkan nama pemain import terakhir pasukannya kerana menghormati pemain yang mempunyai kontrak boleh jadi pemain ini juga calonnya.



2. Igor Sergeev



Pemain ini melalui sumber yang boleh dipercayai mengatakan nama pemain import TFC dengan nama panggilan "SARJEE", kami cuba untuk mendapatkan nama penuh pemain tersebut namun tidak mendapat respon,

Hasil pencarian kami hanya Igor Sergeev yang hampir dekat dengan klu yang diberikan oleh pihak tersebut, walaubagaimanapun pemain ini masih mempunyai kontrak dengan kelab asalnya sehingga 31 disember 2019, pemain ini selalu dipinjamkan ke kelab lain dan kemungkinan TFC meminjam pemain ini juga boleh jadi jika betul beliau sebagai pemain import yang disebut-sebut.



3. Sardor Mirzaev


Pemain ini ialah hasil risikan penyokong 'laman sosial' yang mula kaitkan dengan 'no jersi' yang di muat naik oleh laman sosial rasmi Terengganu Football Club, hanya berdasarkan no jersi penyokong dapat membuat siasatan yang padu kaitkan pemain ini sebagai calon pemain import Terengganu FC seterusnya.

Walaubagaimanapun pemain ini masih mempunyai kontrak sehingga 31 disember 2019, sekadar pinjaman mungkin boleh jadi kerana berdasarkan rekod pemain ini banyak diberi pinjam ke kelab lain.

Jadi anda rasakan yang mana satu bakal pemain import Terengganu FC? atau ada nama calon lain berdasarkan siasatan anda? sama-sama kita nantikan pemain yang dijangka tiba 4 januari dan akan beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan FA 5 januari 2019 di Kota Bharu.