Calon Pemain Import Dari Uzbekistan Terjawab?


Kuala Terengganu: Mengikut laporan media FC Lokomotiv Tashkent sebuah kelab di Uzbekistan mengatakan bahawa pemain mereka akan berhijrah ke Malaysia, ini menguatkan lagi 'klu' yang mengatakan pemain import Terengganu FC dengan panggilan "SARJEE" yang diberikan nampaknya bukan merujuk kepada Igor Sergeev.


(sek mung translate ah diri kat google)

Pemain yang dimaksudkan ialah Sanjar Shaakhmedov, walaupun rekod menunjukkan pemain ini masih mempunyai kontrak sehingga 2020 dengan kelab asalnya, tetapi melalui media itu telah mengucapkan selamat maju jaya kepada Sarjaav Shaakhmedov di Malaysia.

Sama-sama kita nantikan kehadiran pemain yang akan tiba untuk beraksi di perlawanan persahabatan menentang Kelantan FA di Kota Bharu 5 januari ini.