Berita Gembira Mengenai Tol Lebuh Raya Akan Diumumkan Kelak

Posted on Friday, February 22, 2019 | 2/22/2019



Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, pihak kerajaan kini telah melakukan beberapa perbincangan mengenai tol lebuh raya dan kerajaan dijangka akan mengumumkan beberapa berita gembira mengenainya dalam beberapa hari lagi.

“Kita baru-baru ini ada berbincang mengenai isu tol dan mungkin dalam sehari dua ini, akan ada kenyataan mengenai tol.

“Saya tidak boleh nak cakap lebih mengenai perkara itu, biarlah menteri berkaitan yang membuat pengumuman,” katanya.

Tol lebuh raya sememangnya menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat setelah pihak kerajaan sebelum ini telah menjanjikan untuk menghapuskan tol selepas memenangi PRU-14 yang lepas, namun masih dilihat belum melaksanakannya sehingga kini.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/22/2019

0 comments: