‘Boss, walaupun dalam lokap saya jaga solat 5 waktu’ – Papagomo ikut nasihat Asyraf Wajdi

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kagum dengan semangat juang Wan Muhammad Azri atau Papagomo walaupun dianiaya Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga terpaksa merengkok di dalam lokap selama tiga malam.

Beliau berkata, sebaik sahaja dibebaskan petang tadi, Exco Pemuda Umno itu telah menelefonnya dan memberitahu yang dia menurut segala nasihatnya untuk menjaga solat walaupun berada di dalam tahanan.

“Ketika menelefon saya sejurus keluar lokap petang tadi Papagomo berkata pada saya, Boss, walaupun dalam lokap saya jaga solat 5 waktu sebagaimana nasihat Boss untuk menjadi pejuang Agama sejati.

“Syukur, Alhamdulillah. Moga hidayah dan rahmat sentiasa melindungimu Wan Azri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dr Asyraf Wajdi juga menyifatkan sandiwara Syed Saddiq tidak menjadi dalam insiden kekecohan tersebut dan mahu beliau disiasat kerana membuat laporan palsu.

“Ternyata sandiwara Syed Saddiq tidak menjadi kerana banyak rakaman video dan laporan polis balas beberapa saksi yang menafikan berlaku serangan ‘cekak leher’ sebagaimana yang didakwa dalam laporan polis palsu Syed Saddiq.

“Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar Syed Saddiq juga disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya.



Sumber: cempedakcheese.com