Gempa 5.5 Magnitud Gegarkan Hokkaido

Posted on Friday, February 22, 2019 | 2/22/2019



Satu gempa bumi telah menggegarkan bumi Jepun semalam yang dikesan berlaku di pulau utara Hokkaido. Gegaran pada magnitud 5.5 itu tidak mengakibatkan sebarang amaran berlaku tsunami kata pihak berkuasa negara terbabit.

Turut dilaoporkan, tiada sebarang kerosakan dan kecedaran akibat gempa, berlaku jam 9.22 malam waktu tempatan pada kedalaman 41 kilometer, menurut Pusat Tinjauan Geologi AS (USGS).

Pusat gempa terletak 55 kilometer di tenggara bandar Sapporo, tambah USGS. Agensi meteorologi Jepun berkata, tiada risiko tsunami susulan gempa terbabit.

Pada September tahun lalu, gempa bumi kuat magnitud 6.6 di Hokkaido menyebabkan tanah runtuh, menimbus kediaman dan mengorbankan lebih 40 orang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/22/2019

0 comments: