Indonesia Sahkan Mereka Telah Bida Sebagai Penganjur Olimpik 2032


Negara jiran kita Indonesia telah mengesahkan bahawa mereka tekag membida untuk menganjurkan teasya Sukan Olimpik 2032 di Jakarta setelah mendapat pujian ketika menjadi penganjur Sukan Asia 2018 tahun.

Indonesia juga ingin membuktikan mereka adalah sebuah kuasa besar dunia dan berupaya untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IOC, Christophe Dubi mengakui tawaran Indonesia untuk menganjur Sukan Olimpik edisi 2032 sangat dialu-alukan selain ia sebagai petanda bahawa negara itu semakin pesat berkembang.

“Kita tidak boleh mempersoalkan kredibiliti Indonesia sebagai penganjur temasya berprestij memandangkan mereka telah sukses menganjurkan Sukan Asia dan Sukan Para Asia 2018 sebelum ini. Mereka memiliki potensi menjadi pencabar utama pada hari penentuan nanti,” katanya.

Tuan rumah bagi temasya sukan terbesar dunia terbesar untuk tiga edisi seterusnya sudah dikenal pasti yang mana Tokyo (Jepun) menganjurkan pada tahun 2020, Paris (2024) dan Los Angeles (2028).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media