Irfan Bakti Mula Bimbang

Posted on Wednesday, February 27, 2019 | 2/27/2019



Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, bimbang melihat ketumpulan jentera serangan dalam menghasilkan jaringan walaupun setelah pasukan bimbingannya itu menewaskan Kuala Lumpur 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium KLFA, Cheras.

Terengganu mempamerkan semangat juang di laman sendiri dalam aksi sebelum ini apabila meraih jaringan penyamaan pada minit-minit akhir sewaktu berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), untuk mengutip satu mata menerusi keputusan 2-2.

Kecemerlangan itu diteruskan ketika bertandang ke Cheras baru-baru ini apabila Igor Zonjic menjaringkan gol tunggal perlawanan setelah menanduk masuk bola hantaran Lee Tuck.

Namun, bagi Irfan, pasukannya bernasib baik dapat menyempurnakan satu daripada beberapa peluang yang terhidang sambil mengharapkan ketajaman di depan gawang akan dipertingkat bagi aksi bertemu Perak jumaat ini.

"Peluang daripada babak pertama telah diraih tetapi tidak disempurnakan. Jadi, jangan berlaku lagi dalam perlawanan seterusnya. Gol perlu dijaringkan kerana jika tidak, kami hanya meraih keputusan seri. Sewaktu rehat, saya memberitahu pemain bahawa saya tidak mahu banyak jaringan tetapi hanya satu gol," kata Irfan.

Terengganu FC akan menerima kunjungan Perak FA di Kuala Terengganu esok (jumaat). semestinya dinantikan para penyokong yang mengimbau perlawanan akhir Piala Malaysia musim lepas dimana Terengganu FC tewas melalui penentuan sepak penalti. - Arena
Blog, Updated at: 2/27/2019

0 comments:

Loading...