Isteri minta cerai selepas suami lupa beli burger

SEORANG isteri mahu menceraikan suaminya hanya kerana ‘gagal’ membawa pulang burger bagi makan malam di Abu Dhabi, baru-baru ini.

Khaleej Times melaporkan, wanita tersebut pergi ke mahkamah bagi memfailkan perceraian selepas pertengkaran berlaku mengenai hidangan makan malam berkenaan.

Difahamkan pertengkaran itu berlaku disebabkan suaminya pergi berhibur di kelab malam bersama rakan sehingga terlupa pesanan burger itu.

Si isteri kemudian keluar daripada rumah selepas pertengkaran berlaku apabila suaminya pulang di rumah pada pukul 3 pagi.

Menurut peguam Hassan Al Mazrooqi, undang-undang memperuntukan sekiranya tiada bukti berlakunya apa-apa terhadap individu, hakim akan membantu pasangan itu menyelesaikan isu mereka.

Katanya, jika si isteri berkeras untuk bercerai maka tempoh selepas bercerai hantaran kahwin akan terbatal.



Sumber: cempedakcheese.com