Kerajaan PH umum bantuan sara hidup RM100 untuk golongan bujang

Posted on Tuesday, February 19, 2019 | 2/19/2019


KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk mengembalikan semula Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan bujang sebanyak RM100 kepada individu yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018.

Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta.

Bagaimanapun, bayaran selanjutnya untuk golongan bujang pada tahun ini akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan golongan bujang termasuk bujang yang mempunyai tanggungan tidak layak menerima BSH.

Pemansuhan bantuan tersebut telah menimbulkan gesaan daripada pelbagai pihak supaya keputusan itu dilihat semula.

Di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, golongan bujang yang mendapat pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM450.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my.



Sumber: cempedakcheese.com
Blog, Updated at: 2/19/2019

0 comments:

Loading...