KTM Komuter Tawarkan Diskaun Sehingga 20 Peratus Pada 1 April Ini

Posted on Friday, February 22, 2019 | 2/22/2019



Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, pengguna KTM Komuter bakal menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus bermula 1 April ini dan ia telah ddipersetujui Kabinet.

Ini adalah salah satu daripada usaha yang cuba dilakukan pihak kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya yang duduk di kawasan bandar dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Untuk pengetahuan anda, pengguna yang sebelum ini telah menerima diskaun 20 peratus melalui penggunaan MyKad dan Touch N Go bakal menikmati diskaun tambahan sebanyak 20 peratus lagi dan ini menjadikan ia 40 peratus diskaun bakal dinikmati pengguna.

Berdasarkan kenyataan YB Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan, penawaran diskaun ini secara tidak langsung bakal memberi kemudahan kepada 120,000 hingga 130,000 orang setiap hari. Insentif terbaru ini bakal disemak setiap tahun dan bakal diteruskan sekiranya mendapat sambutan yang memberangsangkan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/22/2019

0 comments: