Kurangkan Aktiviti Luar Bagi Mengelakkan Diri Mengalami Strok Haba


Berikutan dengan cuaca panas melampau yang melanda negara, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin menasihatkan agar pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi menghentikan sebarang aktiviti luar.

Ini kerana, ia bagi mengelakkan golongan yang berisiko tinggi seperi kanak-kanak, orang tua dari mengalami serangan strok haba.

“Kalau hendak diadakan juga aktiviti luar termasuk bersukan, ia perlu dijalankan awal pagi dan berakhir sebelum 9 pagi atau lewat petang.

“Selepas jam 9, cuaca semakin panas dan pernah direkodkan mencapai lebih 40 darjah celcius dan ini boleh menyebabkan strok haba,” katanya.

Berikutan cuaca yang panas sehingga boleh menyebabkan dihidrasi dan seterusnya mengakibatkan strok haba, Dr Zaini menasihatkan orang ramai meminum air terutama air putih dengan jumlah yang banyak.

Katanya, sekiranya ada tanda-tanda demam, muntah, cirit birit dan kejang dalam kalangan orang ramai, mereka dikehendaki berjumpa doktor segera untuk diagnosis awal.

“Tindakan awal boleh mengelak daripada berlaku komplikasi lebih teruk termasuk boleh membawa maut,” katanya.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media