Lambakan penjawat awam: ‘Selepas Tun M lepas jawatan, banyak hospital dan sekolah dibina’ – Cuepacs

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengekalkan jumlah penjawat awam sedia ada.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata saiz itu bertambah berbanding 17 tahun lalu seiring jumlah rakyat Malaysia yang semakin meningkat.

“Kalau kita lihat selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003, dalam tempoh 17 tahun ini banyak hospital baharu dibina dan kakitangan baharu diambil. Banyak juga sekolah baharu dibina dan banyak guru-guru baharu diambil.

“Selain itu, terdapat juga pertambahan bagi polis dan tentera atau dalam kata lain peningkatan bagi semua empat cabang perkhidmatan yang kini mencecah 1.1 juta orang.

“Lain-lain kementerian, jabatan dan agensi dalam 500,000 lebih sahaja,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Mengulas lanjut katanya, angka 1.7 juta penjawat awam merentas pelbagai sektor itu adalah angka yang munasabah bagi sebuah kerajaan yang mementingkan rakyat.



Sumber: cempedakcheese.com