Lelaki Dipenjara 12 Bulan Kerana Tunjuk Kemaluan

Posted on Thursday, February 21, 2019 | 2/21/2019



Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan menunjukkan kemaluan kepada seorang jurujual.

Hukuman bermula hari ini diputuskan Majistret Izuddin Mohd Shukri selepas tertuduh, Muhammad Asyraf Baharudin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang jurujual wanita berusia 36 tahun dengan menunjukkan kemaluan di kaunter sebuah kedai runcit di Pasir Hor di sini jam 8.57 pagi pada 8 Februari lalu.

Tertuduh mengulangi perbuatan sama pada jam 8.53 pagi, 12 Februari lalu dan pada jam 9.02 pagi, 14 Februari lalu di lokasi sama.

Tertuduh mengulangi perbuatan sama pada jam 8.53 pagi, 12 Februari lalu dan pada jam 9.02 pagi, 14 Februari lalu di lokasi sama.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/21/2019

0 comments: