Muhyiddin sahkan calon PH ada sedikit masalah komunikasi

Posted on Thursday, February 21, 2019 | 2/21/2019


Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengakui calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil Semenyih, Muhammad Aiman Zainali mengalami masalah komunikasi dengan orang ramai.

Namun, Muhyiddin berkata Muhammad Aiman memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan kempen pilihan raya, yang mana beliau terpaksa bertemu dengan ramai pengundi.

“Saudara pun kalau masuk kali pertama bertanding, walaupun dalam media tapi nak menangi masyarakat mungkin perlu sikit masa untuk menyesuaikan keadaan,” katanya kepada wartawan pada sidang akhbar hari ini.

“Tapi dia bijak, dia berkelulusan, dia bertenaga, maka potensi dia untuk menjadi wakil yang agak berkesan itu ada, bukan jangka sekarang, tapi untuk jangka ke hadapan,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perwatakan calon berusia 30 tahun dan berkelulusan kejuruteraan itu.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak membuat penilaian terlalu awal seolah-olah Aiman tidak mampu melakukan tugasnya.

“Kita akan cuba perbaiki prestasi persembahan dia dengan cara yang semulajadi, bukan dibuat-buat nanti orang tak percaya, (dan cakap) ini berlakon je,” katanya.



Sumber: cempedakcheese.com
Blog, Updated at: 2/21/2019

0 comments:

Loading...