Orang Malaysia Akan Dipilih Sebagai James Bond 007 Seterusnya?


Filem James Bond 007 ini sedang mencari calon ke-26 mereka untuk memegang watak berkenaan dan kabar angin mengatakan nama pelakon asal Malaysia ini telah menjadi plihan.

Pelakon kacak kelahiran Malaysia itu adalah Henry Golding yang sedang rancak melakar namanya di Hollywood dan dikatakan bakal membintangi filem James Bond 007 ini.

Henry yang berdarah kacukan Inggeris-Iban itu telah menjadi sebutan setelah filem lakonannya dalam Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada tahun lalu.


Selain nama Henry, terdapat beberapa nama lain yang bakal memegang watak Bond ke-26 iaitu Idris Elba dan Tom Hardy yang menjadi taruhan.

Sebelum ini, Michelle Yeoh juga telah terpilih sebagai gadis Bond dalam siri Tomorrow Never Dies dan sekiranya Henry dipilih, ia pastinya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media