Papagomo Didakwa Di Mahkamah Majistret Atas Tuduhan Mencederakan Syed Saddiq


Papagomo atau Wan Muhammad Azari Wan Deris kini dilaporkan didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan iaitu mengaib dan mendatangkan kecederaan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Walaubagaimanapun, Papagomo tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah.

Papagomo sebelum ini didakwa mengaibkan kehormatan, Syed Saddiq, dengan menyebut perkataan, “Ko Bodoh” di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, di sini, pada jam 11.05 pagi, 16 Februari lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahu atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Papagomo turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Syed Saddiq di bahagian leher dan bahu, di tempat, masa dan tarikh sama.

Mahkamah kemudian membenarkan Wan Muhammad Azri diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan menetapkan 1 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sumber: Oh! Media