RM100 cukup untuk orang bujang, kata penyokong PH

SEORANG penyokong Pakatan Harapan (PH) menyifatkan bantuan sara hidup (BSH) sebanyak RM100 sebagai satu nilai yang munasabah untuk golongan bujang.

Manurut Shamsul Omar, dengan nilai RM100 itu orang bujang dapat mengisi minyak motosikal selama setahun.

“RM100 mampu mengisi minyak motor selama setahun. Percaya atau tidak?

“Setahun ada 52 minggu. Ambil mudah kira 50 minggu. Isi minyak motor RM2 seminggu. RM2 × 50 = RM100,” katanya menerusi Facebook.

Berikutan itu, netizen tampil dengan menyindir pengiraan Shamsul Omar itu ‘bijak macam kalkulator’

Ada juga yang membuat perbandingan dengan pemberian BR1M yang diberikan kerajaan BN iaitu RM450, malah mereka mendakwa bantuan RM100 itu sama dengan bantuan untuk budak-budak sekolah ketika pemerintahan terdahulu.



Sumber: cempedakcheese.com