RON95 dan RON97 Meningkat Sebanyak 10 Sen Pda 12 Malam Ini


Seperti biasa, setiap minggu pada hari jumaat, akan diumumkan harga runcit petrol dan pada minggu ini, RON95 dan RON97 dilihat meningkat sebanyak 10 sen seliter dan ia akan berkuatkuasa pada 12 malam ini sehingga 1 Mac.

Oleh itu, ia menjadikan RM2.08 bagi RON95 dan RM2.38 bagi RON97. Namun, tiada kenaikan bagi diesel iaitu dikekalkan pada kadar RM2.18 seliter.

peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada
AS$63.11 (RM257.17) setong kepada AS$66.91 (RM272.66) setong.

Katanya, kos purata produk diproses bagi produk diesel turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 (RM303.09) setong kepada AS$79.11 (RM322.34) setong.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media