Tabung Haji kekalkan subsidi jemaah haji rayuan, pengiring

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan dan jemaah yang mengiring bagi menunaikan haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia sekali gus menangkis pelbagai pelbagai dakwaan mengelirukan yang timbul kononnya jemaah rayuan dan pengiring perlu membayar kos penuh haji sebanyak RM22,900.

“Selepas perbincangan pagi tadi, satu kata putus telah dimuktamadkan oleh Lembaga Pengarah Tabung Haji iaitu Tabung Haji akan kekal menanggung semua subsidi itu.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk berdasarkan keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan Tabung Haji bagi tahun 2019. Justeru, kos tanggungan untuk musim haji tahun ini ialah sekitar RM400 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019 dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Sumber: cempedakcheese.com