Tengku Hazman Jawab Dakwaan Ong Kim Swee


KENYATAAN KETUA JURULATIH TERENGGANU FC II

Panggilan menyertai kem latihan pasukan Harimau Malaya B-22 bagi menghadapi perlawanan kumpulan B di Vietnam pada 15 - 22 Februari 2019 bagi pemain Terengganu FC II (TFC II)

Sebelum ini saya telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan telah menerima permohonan seorang pemain Muhammad Izzan Shahmi bin Mustaffa secara bersurat daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melaporkan diri kepada Datuk Ong Kim Swee Ketua Jurulatih B-22 Harimau Malaya dan saya sebagai Ketua Jurulatih TFC II memberi pelepasan demi pasukan negara dan kerjaya pemain tersebut walaupun ianya merupakan salah seorang pemain di dalam perancangan yang memberi impak.

Selepas itu pada malam 10 Februari 2019, saya dihubungi oleh pengurusan Harimau Malaya B-22 berkenaan panggilan untuk memohon kebenaran pelepasan Mohammad Ridzuan bin Mohd Razali untuk melapor diri melalui panggilan telefon dan whatapps. Dalam masa yang sama saya memaklumkan juga untuk berbincang dengan pihak pengurusan sebagai majikan terlebih dahulu kerana pasukan masih dalam rehat selama dua hari selepas 08 Februari 2019 bertemu Selangor United. Amat sukar untuk berbincang menerusi telefon kerana melibatkan staff kejurulatihan. Saya bercadang akan berbincang selepas selesai latihan pada petang semalam dan akan memaklumkan segera kepada pasukan pengurusan Harimau Malaya B-22 negara.

Walaubagaimapun sebelum sempat saya memberi maklum balas, Datuk Ong Kim Swee telah mengeluarkan kenyataan saya tidak memberi bekerjasama dan tidak melepaskan pemain. Ianya dilihat kurang wajar sebagai jurulatih berpengalaman kerana mempersalahkan saya sedangkan saya memohon tempoh untuk berbincang. Dakwaan saya tidak mengangkat panggilan telefon tu disebabkan saya sedang memandu dari kota bharu ke kuala Terengganu untuk latihan. Saya mengakui ada dua panggilan nombor tidak dikenali tidak terjawab dan saya tidak tahu pula nombor tersebut kepunyaan Penolong Jurulatih Datuk Ong Kim Swee. Kadang-kadang ada nombor yang tidak dikenali saya tidak jawab. Sebaiknya jika tidak diangkat tinggalkan mesej atau whataps sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang menghubungi.

Selain itu, difahamkan 5 orang pemain lagi tidak dilepaskan pasukan mengapa tidak dipersoalkan professionalisme jurulatih pasukan tersebut. Jika saya tidak memberi kerjasama, mengapa seorang pemain saya Muhammad Izzan Shahmi Mustaffa dilepaskan sedangkan ianya di dalam perancangan dalam memperkuatkan TFC II.

Prosedur panggilan menyertai kem latihan atau pasukan kebangsaan perlu lebih sistematik walaupun panggilan tersebut hanya sebagai pemain tambahan. Disini saya melihat cara komunikasi perlu lebih baik dan professional agar tidak berlaku lagi isu sebegini yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham dan merugikan kedua-dua pihak.

Saya hanya seorang jurulatih yang bertanggungjawab kepada majikan saya dalam membimbing dan membentuk pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan. Pihak pengurusan juga sebenarnya memberi lampu hijau jika mana-mana pemain dipanggil pihak pasukan kebangsaan ianya perlu dilepaskan. TFC II merupakan Feeder Club kepada TFC dalam menyediakan pemain terbaik dan sewajarnya panggilan kebangsaan adalah satu kecemerlangan dan landasan terbaik membangunkan pemain.

Saya sedia melepaskan Muhammad Ridzuan Razali sekiranya pasukan Harimau Malaya B-22 masih memerlukan khidmat beliau dan juga terbuka kepada pemain-pemain lain untuk dipilih menyertai pasukan kebangsaan.

Saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan teknikal dan komunikasi di pihak saya sehinggakan membantutkan perancangan pasukan Harimau Malaya B-22.

YM.TENGKU HAZMAN BIN RAJA HASSAN - KETUA JURULATIH TERENGGANU FC II

Sumber - Official Terengganu FC