Tersebar Honda Civic Type R Untuk Kegunaan PDRM - Ini Pejelasan Pihak PDRM

Posted on Wednesday, February 20, 2019 | 2/20/2019



Korang pernah terbayang tak Honda Civic Type R versi Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Kini telah tersebar di media sosial gambar yang menunjukkan jentera berkenaan yang telah dikhaskan dengan hiasan pelekat PDRM dan menimbulkan pelbagai rekasi orang ramai.

Model Honda Civei Type R itu didakwa akan digunakan pasukan PDRM itu sebenarnya dalam tempoh untuk dipandu uji.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa yang mengatakan jentera ini terbabit diberikan oleh syarikat Honda untuk dipinjamkan bagi pengujian pemanduan.


"Ia adalah cadangan daripada syarikat terbabit untuk pasukan PDRM memandu uji kenderaan berkenaan."

"Kenderaan terbabit diberikan tempoh penilaian teknikal bagi melihat kesesuaian kegunaannya dan akan digunakan selama tiga hingga enam bulan."

Oleh itu, selama tempoh itu, pihak PDRM akan melihat keberkesanan jentera terbabit dan akan dipulangkan semula kepada syarikat terbabit tanpa melibatkan sebarang kos.


Honda Civic Type R khas pasukan polis ini dilengkapi dengan enjin 2.0 liter VTEC Pengecaj Turbo pada kuasa maksimum 310PS iaitu 6,500 rpm dan ia diberi nama FK8R.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/20/2019

0 comments: