Will Smith Pula Tinggalkan Watak Deadshot Dalam 'Suicide Squad 2'


Filem Suicide Squad 2 kini kehilangan seorang lagi pelakon kuat mereka iaitu Will Smith yang kini telah meninggalkan watak Deadshot dan tidak akan terlibat lagi dalam siri ini.

Pengarah baharu bagi filem Suicide Squad 2 iaitu James Gunn juga mengatakan bahawa berkemungkinan siri ini akan mengalami sambungan atau akan di 'reboot' semula kerana ketiadaan Will Smith.

Seperti yang ramai tahu, Deadshot merupakan watak penting dan memainkan peranan utama dalam menggerakkan filem ini dan pastinya dengan ketiadaan Will Smith akan menganggu keseluruhan cerita ini.




Sumber: Oh! Media