10 Daripada 19 Perlumbaan MotoGP Akan Ditayangkan di RTM

Posted on Saturday, March 16, 2019 | 3/16/2019



Ini pastinya menjadi berita baik buat peminat sukan pemotoran dunia, apabila RTM disahkan bakal menyiarkan secara langsung 10 perlumbaan daripada 19 keseluruhan kejohanan MotoGP 2019.

Ia diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang menulis dalam kemaskini Twitternya, RTM akan menyiarkan kejohanan itu mulai 5 Mei ini, membabitkan perlumbaan di Sirkit Jerez, Sepanyol.

Pasukan MotoGP negara, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) turut beraksi dalam Kejohanan MotoGP 2019 yang bermula Ahad lepas dan akan berakhir pada 18 November ini.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/16/2019

0 comments: