10 Minit Pertama Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Buatkan Korang Tidak Senang Duduk


Siapa tidak kenal dengan dua orang kembar kesayangan Malaysia, Upin dan Ipin yang kini kembali dengan filem terbaru mereka Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal yang akan mula ditayangkan esok 21 Mac 2019 di pawagam seluruh Malaysia.

Setelah kejayaan mereka pada 10 tahun lepas menerusi Geng Pengembaraan Bermula pada tahun 2009, filem terbaharu kali ini adalah cerita rakyat yang diolah kembali ke dalam filem.



Antara watak cerita rakyat yang ada dalam filem kali ini adalah seperti, Mat Jenin, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Bersiong dan Belalang.

Bagi mereka yang tidak sabar menonton esok, pihak Les' Copaque Production turut telah berkongsi 10 minit preview menerusi You Tube rasmi mereka dan ini pastinya membuatkan korang akan lebih tidak sabar lagi untuk melihat apa yang akan terjadi dalam pengembaraan Upin Ipin dan kawan-kawannya.




Sumber: Oh! Media