3 aktiviti yang buat anda puas hati jika berkunjung ke Bukit Keluang

BUKIT KELUANG yang terletak dalam daerah Besut, Terengganu terkenal dengan keindahan pantai dan panoramanya yang indah.

Antara pantai yang terkenal ialah Pantai Bukit Keluang.

Tetapi, keindahan ini bermakna jika anda sekadar menyentuh pasir dan mandi di pantai sahaja.

Anda mesti puaskan diri menghayati keindahan seluruh Bukit Keluang dengan mata kepala dengan cara berbeza!

Kami berikan 3 aktiviti terbaik anda boleh lakukan di Bukit Keluang.

1. Paragliding Di Bukit Bubus

Bukit Bubus terletak di jajaran Bukit Keluang. Di sini terdapat puncak seperti dataran yang membolehkan para pengunjung melakukan aktiviti seperti menyaksikan matahari terbenam dan paragliding. Aktiviti paling popular ialah paragliding.

Aktiviti ini boleh dilakukan bersama Kota Putera Paragliding Park. Anda akan di bawa terbang bebas di udara pada ketinggian 300 – 500 kaki dari paras laut.

Mengelilingi dan menghayati panorama sekitar Bukit Bubus dan Bukit Keluang sememangnya memukau.

Jangan lupa untuk membawa bersama gajet penting seperti kamera GoPro atau kamera telefon untuk rakamkan saat-saat sewaktu anda terbang di udara.

Untuk menyertai aktiviti ini, anda boleh hubungi Kota Putera Paragliding Park. Bayaran akan dikenakan lebih kurang RM100 dan anda akan diberi peluang terbang selama antara 15 – 20 minit.

Facebook: Kota Putera Paragliding Park

No Telefon: 012-8151596 (Asnawi) / 013-9207061 (Azani)

2. Mendaki Bukit Keluang

Mendaki Bukit Keluang sememangnya aktiviti wajib dilakukan.

Bukit Keluang mempunyai keistimewaan laluan mendaki seumpamanya yang tiada di tempat lain di Malaysia.

Pengalaman berada di Bukit Keluang seolah-olah berada di luar negara dengan pemandangan pantainya yang saujana mata memandang ditambah pula dengan keindahan tumbuh-tumbuhan hijau di persekitaran.

Anda boleh juga melihat matahari terbit dan terbenam dari puncak bukit ini. Bukit ini tidaklah tinggi.

Anda cuma perlu mendaki kira-kira 20 – 30 minit saja untuk sampai ke puncak bagi yang berjalan laju.

Anda juga perlu lalui laluan tangga dan jalan hutan berakar dan seterusnya laluan landai sebelum sampai ke puncak.

3. Naik Banana Boat Di Pulau Rhu

Pulau Rhu tidak jauh jaraknya dari Bukit Keluang. Ia mula menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini kerana terkenal dengan kebiruan airnya yang jernih. Sehingga ikan-ikan pun boleh dilihat dengan jelas.

Banana Boat ini akan ditarik dengah bot laju dari Pantai Bukit Keluang menuju ke Pulau Rhu yang airnya sungguh jernih!

Kos naik banana bot ini dalam RM15 – RM20 sekepala. Lepas naik banana bot ini, anda dibenarkan berenang untuk menikmati airnya yang membiru. Perjalanan yang memang memuaskan hati.

Pendek kata, kalau nak lengkapkan pengembaraan ke Bukit Keluang, jangan lepaskan peluang untuk buat 3 aktiviti ini kerana semuanya sememangnya syok!

Sumber: Kaki Sini



Sumber: cempedakcheese.com